Thursday 18 October 2012

Sunday 14 October 2012

SUARA PEMIMPIN BELIA ORANG ASAL




‘Saya tercabar untuk memikul tanggungjawab ini’. Kata Nousi Giun, 32, pengerusi Jaringan Belia Orang Asal SeMalaysia (JBOAS) selepas mejoriti belia mengundi untuk melantik beliau sebagai pengerusi ulung kepada Jaringan tersebut di Penampang, Sabah baru-baru ini.
 
Menurut beliau lagi, segala pengalaman selama lebih 12 tahun belajar dan bekerja di dalam pembangun masyarakat (CO) di PACOS dan kini bekerja di unit program pengurusan sumber organisasi tersebut akan digunakan untuk membawa isu Orang Asal ke peringkat lebih tinggi lagi. Beliau juga menyatakan bahawa Pembangun Masyarakat pada hari ini bukan lagi seperti dulu yang hanya menumpu kepada masyarakat Orang Asal yang jauh dipedalaman atau kampung sahaja, tetapi juga kepada dunia atau masyarakat luar pedalaman yang lebih besar cabaran mereka.

Sehubungan dengan itu beliau menegaskan bahawa dengan tertubuhnya JBOAS ini, ia akan menjadi satu platform baru kepada belia untuk melibatkan diri dengan perjuangan Orang Asal terutama sekali yang melibatkan isu semasa Orang Asal selain terlibat dengan kerja-kerja advokasi kepada semua pihak.


Bagi Nasiri Sabiah 27, wakil tunggal Orang Asal ke mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu COP-11 di India yang sedang berlangsung, beliau merasa teruja dengan tertubuhnya JBOAS dan berharap JBOAS akan melahirkan lebih ramai belia yang mampu bersaing dalam arus perdana terutama yang melibatkan proses membuat keputusan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

‘Sebelum ini belia tidak pernah di beri peluang untuk terlibat atau melibatkan diri dalam sebarang proses yang melibatkan isu komuniti mereka apatah lagi membawa isu ke peringkat antarabangsa’. Katanya. Sehubungan dengan itu beliau yang juga bekerja di Pacos dalam unit perhubungan tempatan dan antarabangsa, berharap akan lahir lebih ramai belia yang boleh terlibat dan diberi pendedahan tentang peranan mereka dalam menyuarakan isu dan suara Orang Asal diperingkat antarabangsa.

‘Cabaran paling utama dalam perjuangan Orang Asal adalah untuk mendapatkan penglibatan Orang Asal di semua peringkat umur terutama belia yang kurang pendedahan kepada isu-isu Orang Asal dan kemana harus dibawa suara mereka. Akhiri beliau.

Penubuhan JBOAS yang dikelolakan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) telah memberi satu jambatan baru kepada kumpulan kerja belia untuk membawa belia Orang Asal kembali kepada rumpun asas kehidupan mereka sebagai masyarakat Orang Asli di Semenanjung, Anak Negeri di Sabah dan Orang Ulu/Dayak di Sarawak yang mana ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Antara visi penubuhan adalah untuk melahirkan dan memperkasakan belia yang beridentiti dan berkepimpinan serta mampu berdaya saing di arus perdana bagi membangun komuniti Orang Asal.

by Center for Orang Asli Concerns (COAC) on Thursday, October 11, 2012 at 5:40pm ·

Murum Dam Approved before Social Impact Assessment?

Its Shocking to know that no Social Impact Assessment have been made before construction of the Murum dam that is now near to its completion. Only after the Penans and Kenyah community that will be affected by the construction of the dam staged blockades demanding for authorities to explain the status of the promised resettlement plan. This is the  second dam in the area after Bakun dam and have started its construction since 2009, however the SIA is yet to be published. The first notice was only publish in local news papers in Sarawak few days ago.


Reacting to this SAVE Rivers issued a press statement demanding for transparency in development of the proposed mega dams in Sarawak.






Sunday 16 September 2012

JOAS President elected to the AIPP executive council


AIPP just concluded its 6th General assembly which saw the re-election of its Chairperson Mr Famark  and Secretary General Ms Joan Carling. Joining them are 10 newly mandated Executive Council  (EC) members  from the 4 regions among them Mr Thomas Jalong of JOAS who represents the South East Asia Region and for the first time an EC member each from the Indigenous Youths and Women caucuses.

This General Assembly also saw the adoption of amendment of the AIPP constitution and By laws, acceptance of additional 15 new members to the AIPP family and adoption of the AIPP Gender policy. After the General Assembly member present deliberated on a two days workshop to finalise the AIPP strategic program and met with donors.

The 5 days meeting ended with a cultural solidarity night which all participants shared their cultural songs and dances. Well done AIPP, you have progressed a lot, but the journey is still far to go for Indigenous Peoples in Asia. JOAS will be there in every steps we go.. "Ngap Sayot!"