Wednesday 20 October 2010

Statement by IIFB to the COP 10

(Sila lihat terjemahan Bahasa Malaysia di bawah)


19 October 2010


Delivered by Adrian Banie Lasimbang

Statement by the International Indigenous Forum on Biodiversity (IIFB)
Working Group 1
Agenda Item 5.4: Protected Areas
COP10, Nagoya, Japan


Madam Chairperson,

Indigenous peoples have been maintaining and protecting biodiversity as part of their daily lives long before protected areas came into being. We have also established a well-tested system of managing biodiversity and conservation practices including those of mobile indigenous peoples that are not necessarily compatible to mainstream conservation systems. We re-iterate that indigenous peoples have the fundamental rights to the environment and resources in our territories. We are Rights Holders in this process and not mere Stakeholders.

We are gravely concerned about the invasion of “market based mitigation schemes” from UNFCCC to the CBD. There is a danger that Protected Areas will be established in the name of climate change mitigation and completely ignore the fundamental rights of IPLCs (Indigenous Peoples and local communities). Many parties are already rushing to establish new Protected Areas, committing to REDD schemes and other conservation projects to get money available from climate change mitigation without the active participation and acquiring the Free Prior Informed Consent (FPIC) of IPLCs. All of this is for the sake of money and not really to stop the global climate crisis.

We are therefore very concerned about the rapid expansion of protected areas while the contribution of our customary sustainable use and governance systems to the conservation of biological and cultural diversity is not recognized. We demand parties to implement the UNDRIP as the minimum standard to ensure our rights to manage our territories and resources.

We remind Parties to give priority to the implementation of Programme Element 2 of the Programme of Work related to Governance, Participation, Equity and Benefit Sharing, which remains the least implemented aspect of the programme of work. We urge Parties to address the issue of restitution of lands and territories that were taken for protected areas without our Free Prior Informed Consent so that indigenous peoples can re-establish control over our lands and territories.

With regard to the review of implementation, the draft COP decision includes a reporting framework on the national implementation of the POWPA. We feel that the questionnaire does not sufficiently encourage governments to report on key issues related to indigenous peoples and protected areas (in the sections on Equity and participation). We suggest this questionnaire be improved.

Recognition of fundamental rights of IPLCs over their lands and territories is crucial in protected areas.  We welcome the diversification of governance types such as ICCAs as a tool to recognize our management practices but there must be a mechanism that ensures the IPLCs have full and effective participation in and control of these areas. We urge Parties to recognize customary laws and institutions as an important element in governance and management of ICCAs. We further urge Parties to take effective measures to facilitate training, capacity building and financial assistance to enable us manage our own traditional or customary protected area govenance systems.

Despite the establishment of protected areas in our territories, it is clear that biodiversity continues to be lost – in our opinion this is largely due to the lack of recognition of indigenous peoples’ traditional knowledge and conservation systems. We believe that there are many benefits to gain related to the conservation of biodiversity if indigenous peoples are recognized at the custodians of biological resources and territories. Placing IPLCs at the centre of the management of PAs will save resources to monitor and conserve biodiversity because IPLCs perform this role as a natural part of our way of life.

We appreciate the efforts made by a number of Parties and civil society organizations to engage indigenous peoples in dialogues regarding the implementation of the Programme of Work but call for further engagement of IPLCs in protected area related processes at all levels.

We will submit the IIFB's preferred text for the draft decisions found in document UNEP/CBD/COP/10/add.2 to the Secretariat.

Thank you, Madam Chairperson.



Kenyataan oleh IIFB di COP 10

Disampaikan oleh Adrian Banie Lasimbang

Puan Pengerusi Majlis,

Orang Asal telah sekian lama menjaga dan melindungi kepelbagaian biologi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian kami sebelum mana-mana kawasan lindung mula diisytiharkan. Kami juga telah menubuhkan sistem-sistem yang telah diuji melalui amalan turun temurun untuk menguruskan kepelbagaian biologi dan amalan-amalan konservasi, termasuk golongan Orang Asal yang berpindah – randah, yang tidak semestinya selari dengan sistem konservasi arus perdana yang diamalkan oleh agensi kerajaan. Kami menekankan semula bahawa Orang Asal mempunyai hak mutlak ke atas persekitaran dan juga sumber-sumber yang terdapat di kawasan wilayah kami. Kami merupakan pemegang hak dalam proses ini, dan bukan hanya pemegang kepentingan semata-mata.

Kami amat runsing dan prihatin terhadap kemasukkan 'skim mitigasi berasakan pasaran karbon' dari UNFCCC ke CBD. Ini menjadikan Kawasan Lindung akan diisytiharkan atas nama mitigasi perubahan iklim dan langsung tidak mempedulikan hak-hak Orang Asal dan masyarakat tempatan. Kebanyakkan kerajaan sudah mula kelam-kabut mewartakan Kawasan Lindung, melibatkan diri dalam skim REDD dan projek-projek konservasi, semata-mata untuk mendapatkan keuntungan wang yang boleh didapati daripada skim mitigasi perubahan iklim, tanpa penglibatan penuh dan Izin Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC) daripada Orang Asal dan masyarakat tempatan. Kesemua ini dilakukan untuk mengaut keuntungan kewangan semata-mata dan tidak akan membawa penyelesaian terhadap krisis iklim yang dihadapi oleh dunia kita masa kini.

Oleh yang demikian, kami sangat prihatin terhadap perluasan kawasan lindung yang secara mendadak, tanpa mengikhtirafkan sumbangan kami terhadap konservasi kepelbagaian biologi dan juga kepelbagaian budaya melalui amalan-amalan Adat dan sistem-sistem pemerintahan kami yang lestari. Kami mendesak Kerajaan untuk melaksanakan UNDRIP sebagai piawaian yang minimum untuk memastikan hak-hak kami untuk menjaga dan menguruskan kawasan wilayah dan sumber-sumber kami.

Kami mengingatkan Kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pelaksanaan Program Elemen 2 dalam Program Kerja pengurusan Kawasan Lindung (PoWPA) berkenaan Pengurusan, Penglibatan, Kesama-rataan dan Perkongsian manfaat, yang masih kurang pelaksanaannya sehingga kini. Kami mendesak Kerajaan untuk membincangkan isu-isu pengembalian semula tanah dan kawasan wilayah Orang Asal yang telah diambil untuk dijadikan Kawasan Lindung tanpa Izin Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC), agar membolehkan kami berhak semula ke atas tanah dan sumber-sumber kami.

Dengan mengambil kira penelitian semula pelaksanaan, draf keputusan COP juga memasukkan satu rangka kerja terhadap implementasi PoWPA di peringkat negara masing-masing. Kami mendapati bahawa borang soal selidik yang sedia ada tidak mencukupi untuk menggalakkan pihak kerajaan untuk melaporkan isu-isu berkaitan Orang Asal dan Kawasan Lindung (dalam seksyen berkenaan Kesama-rataan dan Penglibatan). Kami mencadangkan untuk memperbaiki lagi borang soal selidik ini.

Pengikhtirafan terhadap hak-hak mutlak komuniti Orang Asal dan tempatan ke atas tanah dan kawasan wilayah mereka adalah penting dalam kawasan lindung. Kami mengalu-alukan cadangan untuk mempelbagaikan jenis pemerintahan seperti Kawasan Konservasi Komuniti Orang Asal (ICCA) sebagai satu alat untuk mengikhtirafkan amalan-amalan pengurusan, tetapi mesti terdapat satu mekanisme di mana komuniti Orang Asal dan tempatan mendapat penglibatan yang efektif dan sepenuhnya dan mengurus kawasan-kawasan ini. Kami mendesak Kerajaan untuk mengikhtirafkan perundangan dan institusi Adat sebagai satu elemen penting dalam pemerintahan dan pengurusan ICCA. Kami juga mendesak kerajaan untuk mengambil jalan yang efektif untuk menjalankan latihan, pembinaan kapasiti dan bantuan kewangan untuk membolehkan kami menguruskan sistem-sistem pemerintahan kawasan lindung secara tradisional ataupun mengikut Adat kami.

Walaupun dengan adanya pewartaan kawasan lindung di kawasan wilayah kami, dengan jelas kepelbagaian biologi masih juga beransur hilang – pada pendapat kami, ini disebabkan oleh tidak ada pengikhtirafan terhadap pengetahuan tradisi dan sistem konservasi Orang Asal. Kami percaya bahawa terdapat banyak kebaikan dan hasil berkaitan dengan konservasi kepelbagaian biologi yang boleh didapati, sekiranya Orang Asal mendapat pengikhtirafan sebagai penjaga kawasan dan sumber-sumber biologi.

Kami berterima kasih kepada kerajaan dan organisasi-organisasi masyarakat sivil, yang telah melibatkan Orang Asal dalam dialog-dialog berkaitan dengan implementasi Program Kerja, akan tetapi kami menyeru untuk melanjutkan lagi penyertaan komuniti Orang Asal dan tempatan dalam kesemua peringkat proses-proses kawasan lindung.

Kami akan menghantar cadangan perubahan teks dari IIFB untuk draf keputusan yang boleh didapati dalam dokumen UNEP/CBD/COP/10/add.2 kepada Sekretariat.

Terima kasih, Puan Pengerusi Majlis.

No comments: