Friday 22 October 2010

JOAS condemns arrest of member and demands release

(Sila lihat terjemahan Bahasa Malaysia di bawah)

PRESS STATEMENT

22 October 2010

FOR IMMEDIATE RELEASE


JOAS condemns the unjust arrest of 7 villagers by the police for the crime of allegedly causing mischief by fire and blocking the company by erecting a blockade. They will be detained until Tuesday until further notice.

4 villagers were arrested last night, which include 2 headmen. They are Tuai Rumah Philip Anak Bakat of Kampung Tungkah Atap, Tuai Rumah Neli Anak Nipa of Kampung Bajong Ili, Bawi Anak Atman of Kampung Lubok Manta and Tinsi Anak Gunda of Kampung Lumut.

3 more villagers were arrested at 2.30 this afternoon. They are Tuai Rumah Sadun Anak Aton and Nicholas Mujah of Kampung Ensika and Numpang Anak Suntai of Kampung Bajong. Nicholas Mujah is also the Secretary General of the Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) and a member of the Indigenous Peoples Network of Malaysia (JOAS).


Nicholas Mujah (pic) is currently assisting the Ibans in Sebuyau, who are also his community in their current native customary land dispute involving a logging company named Quality Concrete Holdings.

JOAS condemns the heavy use of force and intimidation against the community leaders and villagers and calls for neutrality of the state infrastructure in this legal dispute between the private company and indigenous peoples.


“Why do the police decide only to act now when before, numerous reports were lodged by the villagers against the encroachment of the logging company without any action being taken?” Mark Bujang, Executive Director of Borneo Resources Institute (BRIMAS) asked. “We believe that Nicholas Mujah and the 6 other villagers were wrongly accused and this is not the first time that indigenous communities in Sarawak who defend their land are accused of committing a crime just so that the police will find an excuse to arrest and detain them.”


Romuald Siew (pic), President of Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS) also condemns the arrest of the 7 Iban villagers. "Our communities have been oppressed and our rights neglected and trampled upon for too long. This is just another example of where the rich and powerful are bullying the natives so that they can become even richer at the expense of the natives," said Siew.

"We stand in solidarity with the communities in Sebuyau, and demand that the authorities would release the 7 Iban villagers immediately," said Siew.


Hellan Empaing (pic), President of Sarawak Rural Women Association (WADESA) pointed out, “The Malaysian police should take measures ensuring the protection of the villagers whom are the victims. Instead, they are arresting the villagers defending their forests and ancestral lands. This is an offensive act of misused power.”



Adrian Lasimbang (pic), President of Malaysia Indigenous Peoples Network (JOAS) which is now attending the Conference of Parties (COP 10) of the Convention on Biological Diversity (CBD) in Nagoya, Japan, stated that while the governments talk about conservation of biodiversity in Nagoya, the government continues destructions back home and disregards indigenous rights on land and resources.


“Indigenous peoples are first line of defense to biodiversity destruction and they are willing to go face to face with destructive practices for the sake of biodiversity conservation. This contribution can be seen practiced by the community in Sebuyau.”

The non-recognition of their rights to NCR land, will cause the loss of biodiversity and deforestation. And when they stand to fight this struggle of oppression, indigenous peoples are prosecuted by the government for protecting biodiversity and defending their customary rights to their land and resources.

Nicholas Mujah's case is just one of hundreds of land encroachment and conflict cases between indigenous peoples and logging companies in Sarawak.

With these statements, JOAS demands the immediate unconditional release of Nicholas Mujah and the six other villagers. JOAS also demands that police stop this practice of intimidating and harassing Sarawak’s indigenous leaders.

For more information please contact the JOAS Secretariat

+6088 726 413
joasmalaysia@gmail.com




KENYATAAN MEDIA

22 Oktober 2010


UNTUK KELUARAN SEGERA

“Bebaskan pemimpin kami! Siasat korupsi dan salah guna kuasa.”

JOAS menyeru salah guna kuasa polis terhadap penahanan 7 orang penduduk kampung yang disalah tuduh menimbulkan kekacauan dan kebakaran, dan menghalang syarikat dengan mendirikan 'blockade'. Mereka akan ditahan sehingga hari Selasa, sambil menunggu keputusan.

4 orang penduduk kampung ditahan semalam termasuk 2 Tuai Rumah. Nama-nama yang ditahan ialah Tuai Rumah Philip Anak Bakat dari Kampung Tungkah Atap, Tuai Rumah Neli Anak Nipa dari kampung Bajong Ili, Bawi Anak Atman dari Kampung Lubok Manta dan Tinsi Anak Gunda dari Kampung Lumut.

3 orang lagi penduduk kampung ditahan pada hari ini. Nama-nama yang ditahan ialah Tuai Rumah sadun Anak Aton, Nicholas Mujah dari Kampung Ensika dan Numpang Anak Suntai dari Kampung Bajong. Nicolas Mujah ialah setiausaha Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan juga ahli Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Beliau sekarang membantu komuniti Iban di Sebuyau, yang juga merupakan kawasan kampung beliau sendiri, dalam perjuangan mempertahankan Tanah Adat mereka yang melibatkan syarikat balak yang bernama Quality Concrete Holdings.

JOAS menyeru untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan layanan buruk menakut-nakutkan pemimpin komuniti dan penduduk kampung, dan mendesak kerajaan untuk bersifat adil dalam menangani isu konflik di antara syarikat swasta dan Orang Asal.

“Kenapa polis hanya bertindak sekarang apabila sebelum ini banyak laporan telah dibuat oleh penduduk kampung melaporkan kemasukkan syarikat balak, tapi tiada apa-apa tindakan diambil?” Mark Bujang, Pengarah Executive Borneo Resources Institute (BRIMAS) bertanya. “Kami percaya Nicholas Mujah dan 6 orang lagi penduduk kampung telah disalah tuduh, dan ini bukan pertama kalinya komuniti Orang Asal di Sarawak yang mempertahankan Tanah Adat, sebaliknya dituduh melakukan jenayah, ditahan dan ditangkap oleh polis, tanpa sebab.

Romuald Siew, Presiden jaringan Tanah Hak Adat bangsa Sarawak (TAHABAS) juga menyeru tindakan salah penahanan 7 orang penduduk kampung. “Komuniti kita telah ditindas dan hak kita dinafikan dan diketepikan, untuk jangka masa yang sudah terlalu lama. Ini merupakan satu contoh di mana yang kaya dan berkuasa, menindas Orang Asal untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan semata-mata, tanpa mengambil kira kesusahan yang ditimpa oleh Orang Asal.” kata Siew.

“Kami berdiri dan bersatu hati dengan komuniti di Sebuyau, dan menyeru pihak berkuasa melepaskan 7 orang penduduk kampung dengan serta-merta,” kata Siew.

Hellan Empaing, Presiden Persatuan Wanita Desa Sarawak (WADESA) mengatakan, “Pihak Polis seharusnya mengambil tindakan menjaga keselamatan orang kampung yang menjadi mangsa keadaan. Bukannya menangkap Orang Kampung yang mempertahankan tanah Adat mereka dari dirampas. Ini adalah tindakan salah guna kuasa.”

Adrian Lasimbang, Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), kini sedang menghadiri Conference of Parties (COP 10) untuk Convention on Biological Diversity (CBD) di Nagoya, Jepun,mengatakan bahawa pihak-pihak kerajaan membincangkan isu-isu konservasi di peringkat antarabangsa di Nagoya, akan tetapi kerajaan tetap meneruskan kemusnahan di negara sendiri tanpa mengambil kira hak Orang Asal ke atas tanah dan sumber mereka.

“Orang Asal berdiri paling depan untuk mempertahankan kepelbagaian biologi daripada musnah, dan mereka sanggup berdepan dengan amalan-amalan bahaya demi mempertahankan kepelbagaian biodiversiti dan konservasi. Ini boleh dilihat dari tindakan komuniti di Sebuyau.”

Tanpa pengikhtirafan Hak Orang Asal terhadap Tanah Adat (NCR), kepelbagaian biologi akan beransur musnah dan hutan akan musnah dibalak. Apabila Orang Asal berdiri dan berjuang untuk mempertahankan hak mereka, Orang Asal ditangkap kerana menjaga kepelbagaian biologi dan mempertahankan hak ke atas tanah dan sumber mereka.

Kes seperti kes Nicholas Mujah ini, merupakan salah satu daripada ratusan kes-kes konflik dan rampasan tanah di antara Orang Asal dan syarikat-syarikat balak di Sarawak.

Dengan kenyataan-kenyataan ini, JOAS menyeru untuk Nicholas Mujah dan 6 orang penduduk kampung yang lain, dibebaskan tanpa syarat dengan serta-merta. JAOS juga menyeru untuk menghentikan amalan pihak polis yang menakut-nakutkan dan menganggu Orang Asal.

No comments: